Wireless atau WIFI biasa kita dengar zaman sekarang ni...penggunaan nya amat meluas,. bagi permohonan streamyx yang baru,..dia orang akan offer gunakan modem wireless... biasanya pengguna laptop banyak gunakan kemudahan wireless internet ni...PC Biasa pun bleh gunakan wireless tapi kena la beli PCI Wireless Kad atau USB wireless...
Perhatian : Sekiranya anda ingin membeli modem wireless,..pastikan ianya Wireless Modem Router dan bukan nya Wireless Router,..ini kerana ada perbezaan antara 2 benda ni...ramai pengguna salah beli sebab terlalu excited sgt nak pasang wireless internet....tanya la pada mereka yang mahir tentang benda ni,..baru la beli...Wireless Modem Router : Berfungsi sebagai Modem dan Router untuk connect pada line streamyx..perhatikan dibelakang modem wireless tersebut,..ada satu port untuk DSL iaitu line telefon dan beberapa port LAN...
(Rujuk Gambarajah diatas)..
Wireless Router : Berfungsi sebagai Wireless Access Point Sahaja,..dan tidak berfungsi sebagai modem...perhatikan dibelakang Wireless Router tersebut,..hanya ada port WAN dan port LAN sahaja dan tidak ada Port untuk DSL..klu anda terbeli wireless router ni,..anda kena setting semula modem anda dan Wireless Router tersebut....
(Rujuk Gambarajah diatas)..
Gambarajah diatas menunjukkan bagaimana connection antara ADSL Modem dan Wireless Router serta LAN...memang leceh ckit kalau anda nak setting kedua-dua benda ni....jadi lebih baik beli Wireless Modem Router...
PCI Wireless Adapter : Sekiranya anda sudah ada WIFI dirumah tapi PC anda masih gunakan kabel network untuk menggunakan internet...anda juga boleh cuba pasang dan gunakan PCI Wireless Adapter ini di komputer anda...dan anda boleh surf internet tanpa guna cable LAN lagi...
USB Wireless Adapter : Selain daripada PCI Wireless Adapter,..ada lagi peralatan yg lebih mudah untuk wireless iaitu dengan menggunakan USB Wireless Adapter,.bentuknya ada pelbagai jenis,..ada yg berbentuk mcm pendrive dan sebagainya...Hanya cucuk pada USB port dan anda boleh menggunakan wireless tersebut...