Sunday, December 20, 2009

KERJA-KERJA PENGALIHAN SERVER DAN SETTING NETWORKING DI JABATAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA MUAR,JOHOR.

Photobucket



Masa ni aku tengah buat cable network yang baru untuk beberapa tingkat pada bangunan ni..Cable network mmg bersepah lagi sbb dalam proses testing....

Thursday, November 19, 2009

FUNGSI ''FN'' KEY PADA KEYBOARD LAPTOP..

Photobucket

Photobucket
Kebanyakkan anda telah pun menggunakan laptop kerana senang dibawa kemana sahaja..
Disini saya hanya hendak menerangkan fungsi 'FN' key pada laptop anda....
Kebanyakkan laptop mempunyai 'FN' key pada keyboard..anda perlu tahu apa fungsi nya..

Photobucket

Perhatikan pada laptop anda,..biasanya 'FN' key ini terletak pada sebelah bawah dan kiri keyboard...ianya terletak bersebelahan dengan 'ctrl' key bergantung kepada Brand Laptop anda...

Photobucket

'FN' key bermaksud Function....kalau anda perhatikan pada keyboard anda mesti ada lambang speaker,brightness dan sebagainya....untuk mengaktifkan fungsi tersebut,tekan key 'FN' tersebut tanpa lepas dan tekan pula pada key yang ada lambang brigtness,.speaker dan sebagainya...

Selamat Berjaya....

Saturday, October 31, 2009

TIPS TIPS DAN TRICKS COMPUTER

Photobucket

Melajukan Speed Browser Internet Anda....

Photobucket

1. Start>Run
2. Type gpedit.msc
3. Click "+" on Administrative Templates
4. Click "+" on Network
5. Click on Folder named "QoS Packet Schedule"
6. On Right Hand Side, Double-Click on "Limit Reservable Bandwith"
7. Click on "Enable"
8. Put "0" on Bandwith Limit.
9. Restart your computer
10. You're Done!

(Berkesan untuk Windows XP SP2 sahaja)

Friday, October 30, 2009

PC TROUBLESHOOTING TIPS...

Photobucket

PC STUCK ATAU SELALU HANG..
Photobucket

1) Buka casing komputer dan check pada cpu fan dan headsink,..klu penuh dengan habuk,..bleh terus bersihkan habuk pada fan dan headsink tu...
2) Cabut juga RAM dan gosok dengan pemadam pensil pada kaki RAM tersebut yg colour emas tu...
3) Sekiranya anda menggunakan grafik kad yg mempunyai kipas,..cuba check sama ada kipas tersebut berfungsi atau tidak semasa komputer dihidupkan...bersihkan juga habuk2 yang ada pada kipas tersebut...
4) Buat proses defragment untuk harddisk anda...
5) Klu pc still stuck lagi,..cuba guna antivirus dan anti spyware untuk clean dan clearkan virus dan spyware....

Sekiranya cara diatas da dibuat tapi komputer still sama lagi,...
dah mmg sampai masa kena Format dan install semula windows tersebut..
Berkemungkinan ada fail windows dah corrupt...
Sebenarnya bnyk cara utk check tapi cara diatas adalah benda yg biasa aku buat...
yang penting tengok dulu hardware pada komputer tersebut,..klu semua ok barula check pada software pulak.....

Selamat berjaya...

Thursday, August 27, 2009

CONFIGURE JUMPER SETTING PADA HARDDISK DAN CDROM.

Photobucket
Photobucket

Photobucket

Photobucket
Jumper setting...semestinya ada yang pernah dengar dan ada yang blom pernah dengar... Jumper setting amat penting untuk pemasangan sesebuah komputer....biasanya jumper ni ada pada Harddisk dan CDROM Drive...cuba rujuk gambar diatas...kedudukan jumper terletak dibelakang Harddisk dan CDROM....
Biasanya klu kita masuk pada BIOS Setup....ada tertera Primary Master,Primary Slave,Secondary Master,Secondary Slave...
Kalau kita pasang 2 harddisk dan 2 CDROM Drive..Pastikan anda setting kan jumper dengan betul...kalau tak,..mungkin komputer tak detect atau stuck jer masa proses Start Up Komputer tu...
*Pada Motherboard ada tertera IDE 1 dan IDE 2.....,IDE 1 adalah untuk Harddisk manakala IDE 2 pula untuk CDROM Drive....Tetapi IDE 1 juga boleh disambung direct ke harddisk dan cdrom...cuma ejas jumper jer pada Harddisk dan cdrom tu....*

Sunday, August 23, 2009

GAMBARAN KEDAI KOMPUTER AKU...

Photobucket
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Inilah beberapa gambar kedai aku...kedai tak la besar sangat....tapi sambutan amat menggalakkan....setakat ni cuma boleh muatkan 5 komputer jer....aku sedang upgrade komputer dan kedai aku ni dari masa ke semasa bergantung pada modal aku sendiri....

Thursday, August 20, 2009

*KOLEKSI GAMBAR SEMASA AKU JADI TENAGA PENGAJAR DI LAYANG-LAYANG JOHOR*

Photobucket
Photobucket
INI GAMBAR AKU DENGAN KAWAN AKU SEBAGAI TENAGA PENGAJAR SISTEM KOMPUTER TAHAP2...
AKU AGAK KURUS DAN HENSEM SIKIT KOT MASA NI,..TAPI SEKARANG MMG BERBEZA DARI DULU...


Photobucket
INI LA GAMBAR KENANGAN STUDENT AKU....

Photobucket
TABIK HORMAT CIKGU ZAIME....

Photobucket
MAKAN BERSAMA STUDENT....

Walaupun dah lama aku tinggalkan student aku,..aku tetap ingat pada diaorang... Saat paling sedih ialah masa Majlis Perpisahan..Semua Student perempuan menangis sebab nak berpisah dengan cikgu nyer....aku pun sebak jugak tapi nak wat macam maner..Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.......

Wednesday, August 19, 2009

APA ITU INTERNET....

Photobucket
Photobucket
INTERNET ialah Satu singkatan bagi perkataan “inter network” . Merupakan rangkaian bagi rangkaian computer global (Wide Area Network atau WAN) yang menghubungkan berjuta-juta computer di dunia. Internet juga merupakan jalinan rangkaian komputer dengan rangkaian komputer lain di seluruh dunia. Ini membolehkan kita berkomunikasi dan bertukar maklumat antara individu dan manusia sejagat.
Internet menyediakan berbagai-bagai kemudahan yang antara lainnya termasuklah Telnet iaitu mengakses sesebuah komputer dari jarak jauh, ‘IRC chat’ iaitu berbual dengan individu lain di merata dunia, menghantar dan menerima mel, rangkaian ‘newsgroup’, memindahkan fail antara satu komputer dengan komputer yang lain (ftp) dan akses ke WWW (World Wide Web).

PROCESSOR..-CPU-

Photobucket
Photobucket
Photobucket
CPU ialah singkatan kepada perkataan Central Processing Unit. Ia merupakan peranti elektronik dalam famili microprocessor. CPU bertindak seperti ‘otak’ yang menggerakan dan mengkoordinasikan sesuatu aktiviti pada sistem komputer. Kebanyakan operasi arithmetik matematik dilaksanakan oleh CPU. Untuk sistem komputer peribadi, CPU dipasang pada motherboard untuk beroperasi. Contoh CPU popular masakini ialah Pentium 4,..AMD Athlon/Sempron...
Perkembangan teknologi komputer sangat pantas sekarang ni terutama dari segi processor....mcm-mcm processor ada sekarang ni....selalu2 la online dan bertanya untuk menambah pengetahuan anda dari masa ke semasa....

Tuesday, August 18, 2009

RAM..

Photobucket
Photobucket
SDRAM - Syncronous Dynamic Random Access Memory.

Photobucket
DDR RAM - Double Data Rate Random Access Memory.


kom1

RAM - Random Access Memory..

Dalam sesuatu sistem komputer, contohnya PC, RAM digunakan untuk menyimpan arahan/instruction dan data yang diperlukan untuk menyiapakan sesuatu proses/task secara sementara/temporarily – dengan itu CPU dapat mengakses kepada arahan dan data terbabit dengan kadar yang lebih pantas.
RAM terbahagi kepada beberapa jenis iaitu :
EDO RAM,.SD RAM,.DDR1 RAM,.DDR2 RAM,.DDR 3 RAM.......
RAM juga mempunyai kapasiti tertentu iaitu : 128MB,.256MB,.512MB,.1GB,.2GB.....
Sekiranya anda hendak upgrade RAM komputer anda,.Pastikan komputer anda mengunakan RAM jenis apa,...baru la boleh beli dan Upgrade RAM anda...

Sunday, August 16, 2009

CPU HEADSINK..

Photobucket

Photobucket


Photobucket
CPU - Central Processing Unit

Headsink digunakan untuk menyejukkan processor..ini adalah kerana setiap kali on komputer,...processor akan jadi panas,..headsink pula berfungsi untuk mungurangkan kepanasan pada processor dan menstabilkan suhu pada processor tersebut....setiap headsink mempunyai kipas diatasnya bagi menyejukkan headsink...
Sekiranya kipas headsink tidak berfungsi,..processor akan jadi panas dan menyebabkan komputer kita asyik Hang atau stuck semasa kita tgh guna komputer....
pastikan juga kipas headsink ini bersih,..klu ada habuk,..cepat2 la bersihkan bagi membolehkan kipas berfungsi dengan baik dan sempurna.....

Friday, August 14, 2009

ATA & SATA CABLE..

Photobucket
Photobucket
Gambar diatas menunjukkan perbezaaan antara ATA cable dan SATA cable,...

Photobucket
ATA cable adalah connector yang menghubungkan antara Harddisk dan Motherboard,..begitu juga pada CD-ROM.......
(Rujuk Gambar diatas)..


Photobucket
Serial ATA-(SATA)cable juga adalah connector terbaru yg sedang hangat diguna sekarang ni bagi menggantikan Cable ATA....ianya juga merupakan connector untuk menghubungkan antara Harddisk dan motherboard,...begitu juga untuk CD-ROM..cable nye lebih kecil berbanding cable ATA...
(Rujuk Gambar diatas)..

CMOS BATTERY..

Photobucket
Photobucket
CMOS - Complementary Metal-Oxide Semiconductor.
Anda semua mungkin pernah terjumpa problem seperti error semasa proses start up komputer seperti 'Press F1 to continue' 'CMOS Battery Failed' dan sebagainya...sekiranya keadaan mcm ni berlaku,...maksudnya Bateri CMOS anda dah lemah dan kurang power... anda kena lah tukar bateri ni dengan bateri yang baru....bateri ni ada terletak pada motherboard anda,...ianya sebesar duit 20sen....Bateri ni ada dijual dikedai Jam dan di kedai spare part komputer.....selepas tukar,..sila setting semula tarikh pada BIOS,.ini kerana bateri ini berfungsi sebagai memori Jam dan segala setting dalam BIOS anda...

Thursday, August 13, 2009

WIRELESS MODEM ROUTER...

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Wireless atau WIFI biasa kita dengar zaman sekarang ni...penggunaan nya amat meluas,. bagi permohonan streamyx yang baru,..dia orang akan offer gunakan modem wireless... biasanya pengguna laptop banyak gunakan kemudahan wireless internet ni...PC Biasa pun bleh gunakan wireless tapi kena la beli PCI Wireless Kad atau USB wireless...
Perhatian : Sekiranya anda ingin membeli modem wireless,..pastikan ianya Wireless Modem Router dan bukan nya Wireless Router,..ini kerana ada perbezaan antara 2 benda ni...ramai pengguna salah beli sebab terlalu excited sgt nak pasang wireless internet....tanya la pada mereka yang mahir tentang benda ni,..baru la beli...


Photobucket
Wireless Modem Router : Berfungsi sebagai Modem dan Router untuk connect pada line streamyx..perhatikan dibelakang modem wireless tersebut,..ada satu port untuk DSL iaitu line telefon dan beberapa port LAN...
(Rujuk Gambarajah diatas)..


Photobucket
Wireless Router : Berfungsi sebagai Wireless Access Point Sahaja,..dan tidak berfungsi sebagai modem...perhatikan dibelakang Wireless Router tersebut,..hanya ada port WAN dan port LAN sahaja dan tidak ada Port untuk DSL..klu anda terbeli wireless router ni,..anda kena setting semula modem anda dan Wireless Router tersebut....
(Rujuk Gambarajah diatas)..


Photobucket
Gambarajah diatas menunjukkan bagaimana connection antara ADSL Modem dan Wireless Router serta LAN...memang leceh ckit kalau anda nak setting kedua-dua benda ni....jadi lebih baik beli Wireless Modem Router...




Photobucket
PCI Wireless Adapter : Sekiranya anda sudah ada WIFI dirumah tapi PC anda masih gunakan kabel network untuk menggunakan internet...anda juga boleh cuba pasang dan gunakan PCI Wireless Adapter ini di komputer anda...dan anda boleh surf internet tanpa guna cable LAN lagi...


Photobucket
USB Wireless Adapter : Selain daripada PCI Wireless Adapter,..ada lagi peralatan yg lebih mudah untuk wireless iaitu dengan menggunakan USB Wireless Adapter,.bentuknya ada pelbagai jenis,..ada yg berbentuk mcm pendrive dan sebagainya...Hanya cucuk pada USB port dan anda boleh menggunakan wireless tersebut...