Wednesday, August 19, 2009

APA ITU INTERNET....

Photobucket
Photobucket
INTERNET ialah Satu singkatan bagi perkataan “inter network” . Merupakan rangkaian bagi rangkaian computer global (Wide Area Network atau WAN) yang menghubungkan berjuta-juta computer di dunia. Internet juga merupakan jalinan rangkaian komputer dengan rangkaian komputer lain di seluruh dunia. Ini membolehkan kita berkomunikasi dan bertukar maklumat antara individu dan manusia sejagat.
Internet menyediakan berbagai-bagai kemudahan yang antara lainnya termasuklah Telnet iaitu mengakses sesebuah komputer dari jarak jauh, ‘IRC chat’ iaitu berbual dengan individu lain di merata dunia, menghantar dan menerima mel, rangkaian ‘newsgroup’, memindahkan fail antara satu komputer dengan komputer yang lain (ftp) dan akses ke WWW (World Wide Web).

No comments:

Post a Comment